Inovasi Digital: Boboiboy 2D

PROJEK INOVASI DIGITAL BOBOIBOY 2D Inovasi ini mempunyai 4 pembahagian, iaitu nota, latihan, kuiz dan permainan seperti berikut. Pada aspek nota, terdapat tiga pilihan, iaitu pengenalan, peta minda dan cara melukis. Dalam bahagian pengenalan terdapat satu siri cerita yang menunjukan kesinambungan penggunaan dan contoh bentuk dua dimensi dalam kehidupan seharian. Hal ini murid-murid akan dapat mengaitkan bentuk dua dimensi dengan kehidupan seharian. Dalam aspek nota ini juga disediakan sebuah peta minda mengenai ciri-ciri bentuk dua dimensi dan cara melukis bentuk dua dimensi. Cara melukis bentuk dua dimensi tersebut ditunjukkan melalui gerakan animasi pensel di dalam slaid ini. Nota-Pengenalan Nota-PetaMinda Nota- Cara melukis Murid-murid juga boleh menguji tahap kefahaman mereka melalui latihan dan kuiz yang telah disediakan. Dalam latihan tidak mempunyai had masa untuk menjawab soalan tersebut manakala kuiz mempunyai had tempoh masa ...