Inovasi Digital: Boboiboy 2D


PROJEK INOVASI DIGITAL BOBOIBOY 2D

Inovasi ini mempunyai 4 pembahagian, iaitu nota, latihan, kuiz dan permainan seperti berikut.




Pada aspek nota, terdapat tiga pilihan, iaitu pengenalan, peta minda dan cara melukis. Dalam bahagian pengenalan terdapat satu siri cerita yang menunjukan kesinambungan penggunaan dan contoh bentuk dua dimensi dalam kehidupan seharian. Hal ini murid-murid akan dapat mengaitkan bentuk dua dimensi dengan kehidupan seharian. Dalam aspek nota ini juga disediakan sebuah peta minda mengenai ciri-ciri bentuk dua dimensi dan cara melukis bentuk dua dimensi. Cara melukis bentuk dua dimensi tersebut ditunjukkan melalui gerakan animasi pensel di dalam slaid ini.  

Nota-Pengenalan

Nota-PetaMinda

Nota- Cara melukis


Murid-murid juga boleh menguji tahap kefahaman mereka melalui latihan dan kuiz yang telah disediakan. Dalam latihan tidak mempunyai had masa untuk menjawab soalan tersebut manakala kuiz mempunyai had tempoh masa 20 saat bagi setiap soalan. Dalam kuiz tersebut turut menunjukkan markah keseluruhan yang diperoleh setelah selesai menjawab kuiz tersebut.

Latihan 1



Latihan 2


Kuiz



Aspek yang terakhir, iaitu permainan, murid-murid boleh bermain sambil belajar bentuk dua dimensi melalui permainan teka silang kata dan permainan cuba teka.

Permainan teka silang kata


Permainan cuba teka


Anda boleh memuat turun inovasi tersebut di sini. Format inovasi ini adalah berbentuk PPT.

Comments

Popular posts from this blog

Pelaksanaan Model ASSURE dalam PdP (EDUP3053)

Implikasi hubungan positif guru dengan murid (EDUP3043)

RPH Pendidikan Kesihatan Tahun 5