Posts

Showing posts from September, 2017

Pelaksanaan Model ASSURE dalam PdP (EDUP3053)

1.0 Pelaksanaan Model ASSURE dalam PdP  1 .1 Pengenalan Pemilihan model reka bentuk pengajaran yang baik dapat menjamin pencapaian objektif pembelajaran. Pengkaji telah memilih model reka bentuk pengajaran ASSURE untuk diimplimentasikan ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam bilik darjah. Model ASSURE merupakan model reka bentuk pengajaran yang berasaskan bilik darjah yang telah diasaskan oleh Heinich (1982, seperti yang dinyatakan dalam Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad & Wan Kamaruddin Wan Hassan, 2009 ). Pandangan Gagne (1985, seperti yang dinyatakan dalam Noriati A. Rashid et al , 2009) menyatakan bahawa pembelajaran berlaku sebagai satu proses yang berkembang secara berperingkat selaras dengan model ASSURE yang melalui beberapa proses penyampaian pengajaran. Model ASSURE merangkumi enam langkah, iaitu meng analisis ciri pelajar, me nyatakan objektif pengajaran-pembelajaran, mem ilih media dan bahan pengajaran-pemb...

Implikasi hubungan positif guru dengan murid (EDUP3043)

1.1 Pengenalan Menurut Wentzel (2009, seperti yang dinyatakan dalam Ahmad Firdaus Mohd Noor, Kamarul Azmi Jasmi & Khairunnisa A. Shukor, 2016), guru yang berkesan adalah guru yang dapat membina hubungan baik dengan pelajarnya dari segi emosi yang intim, selamat dan boleh dipercayai. Hubungan yang berkualiti mampu menyokong perkembangan emosi pelajar dengan baik, membina sikap positif dan bermotivasi dalam mencapai hasil akademik yang cemerlang. 1.2 Implikasi hubungan guru-murid 1.2.1 Implikasi penampilan dan bahasa badan guru Menurut Lela Virginia Watson (1950) kerajaan boleh menyediakan bangunan sekolah, bahan-bahan keperluan kelas dan latihan perguruan, namun kesannya kepada murid ditentukan oleh personaliti seorang guru. Penampilan dan bahasa badan guru menghasilkan pelbagai persepsi kepada murid-murid termasuklah kesediaan guru untuk mengajar. Melalui penampilan guru yang beretika, murid akan menghormati guru dan meningkatkan suasana pembelajaran di dalam bil...